Segalanya Yang Apple Umumkan Hari Ini – iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, Apple Watch LTE

Segalanya Yang Apple Umumkan Hari Ini – iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, Apple Watch LTE

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Pengumuman produk baru Apple sering menerima perhatian ramai di seluruh dunia kerana ia turut memainkan peranan dalam menetapkan trend peranti baru di dunia. Pada hari ini, Apple telah memperkenalkan sejumlah peranti baru, iaitu termasuk Apple Watch dengan sokongan selular, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan juga iPhone X.

Liputan Apple ini dibawakan oleh U Mobile. Sumber terdekat kami mengatakan U Mobile mempunyai beberapa pelan baru iPhone yang akan datang. Semak u.com.my untuk kemaskini.


Pengecas Pantas Untuk iPhone X dan iPhone 8 Dijual Berasingan – Harga Bermula Dari RM229

Selamat datang ke dunia pengecasan pantas kepada Apple iPhone 8, 8 Plus dan X. Setelah bertahun bertegas tidak menyokong fungsi yang telah menjadi standard pada platform Android sejak beberapa lama, Apple akur dengan permintaan peminat. Ketiga-tiga model iPhone terkini boleh dicas sehingga 50% dalam masa hanya 30 minit. Tetapi Apple tidak menyertakan pengecas pantas dengan […]


iPhone 8 Dan iPhone X Dilengkapi Dengan Sokongan Pengecasan Pantas – Sehingga 50% Dalam 30 Minit

Setelah dinantikan sekian lama, kini melalui telefon iPhone 8 dan juga iPhone X yang baru, pihak Apple akhirnya telah menambah sokongan pengecasan pantas. Apple tidak berkongsi lanjut mengenai teknologi dan kuasa pengecasannya, tetapi mengatakan pengguna boleh mengecas sehingga 50% dalam masa sekitar 30 minit. Menurut halaman spesifikasi yang disediakan oleh Apple, mereka mengatakan capaian pengecasan […]


macOS High Sierra Akan Ditawarkan Untuk Macbook Anda Bermula 25 September

Selain pengumuman penawaran sistem operasi untuk peranti mudah-alih, Apple juga turut telah mengumumkan penawaran sistem operasi terbaru untuk komputer mereka iaitu macOS High Sierra. Bagi pengguna Macbook seluruh dunia, anda boleh mengemaskini sistem operasi kepada macOS High Sierra bermula 25 September kelak. macOS High Sierra lebih memfokuskan kepada pengoptimasian sistem operasi berbanding generasi sebelumnya, dan […]


Ini Adalah Harga Baru Untuk iPhone – iPhone 7 Kini Bermula RM2749, iPhone 6S Bermula RM2249

Dengan pengenalan iPhone 8 dan iPhone X baru, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah potongan harga untuk model-model iPhone sedia ada. Kini, Apple Malaysia telah pun mengemaskini harga jualan iPhone pada laman Apple Store Malaysia – sekaligus membolehkan anda yang berminat mendapatkannya pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini. Potongan yang paling tinggi dilihat […]


Apple TV 4K Diperkenalkan – Harga Bermula RM999 Di Malaysia

Apple TV merupakan sebuah set-top box yang boleh anda hubungkan kepada televisyen, dan menikmati kandungan melaluinya. Ia telah sedia ditawarkan di Malaysia sejak beberapa tahun lepas, dan hari ini Apple turut mengumumkan kemaskini untuknya dengan menambah sokongan paparan resolusi 4K dan juga HDR melalui set baru yang dipanggil Apple TV 4K. Apple TV 4K menggunakan […]


Apple AirPower Ingin Memudahkan Anda Mengecas Pelbagai Peranti Serentak Secara Tanpa-Wayar

Pada pengenalan iPhone baru, iaitu iPhone 8 dan juga iPhone X, pihak Apple memfokuskan kepada ciri pengecasan tanpa wayar melaluinya. Apple menggunakan sokongan teknologi pengecasan tanpa wayar Qi pada peranti mereka. Terdapat sejumlah aksesori yang menyokong perkara berkenaan, dan pihak Apple sendiri tampaknya membangunkan pengecas tanpa wayar mereka yang dinamakan sebagai AirPower. Melalui AirPower, ia […]


Kemaskini iOS 11 Akan Ke iPhone Dan iPad Anda Bermula Minggu Hadapan

Bersama-sama pengenalan telefon pintar iPhone 8 dan iPhone X, pihak Apple turut telah melancarkan sistem operasi generasi baru mereka, iOS 11. Ia telah dipertontonkan kepada umum sejak WWDC bulan Jun lepas, dan kini akhirnya versi akhir bakal ditawarkan kepada para pengguna umum bermula minggu hadapan, 20 September. iOS 11 menawarkan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sedikit […]


Apple Memperkenalkan iPhone X – Masa Depan Generasi Baru iPhone

Selain pengumuman iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, pihak Apple turut membuat kejutan dengan memperkenalkan telfeon pintar bersempena ulang-tahun ke-10 Apple, dan turut dikatakan bakal membawa revolusi seterusnya, iaitu iPhone X (dipanggil iPhone Ten). iPhone X hadir dengan rekaan yang serba baru. Pada bahgaian hadapan, pengguna boleh melihat rekaan skrin menyeluruh dengan bingkai yang sangat […]


Apple Memperkenalkan iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

Apple hari ini telah mengadakan acara khusus pengenalan sejumlah produk baru, dan menjadi fokus utama adalah iPhone generasi baru. Dinamakan sebagai iPhone 8 dan iPhone 8 Plus – ia kini hadir dengan rekaan yang dikemaskini, dan menggunakan kaca pada bahagian hadapan serta belakang. iPhone 8 hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci dan dilengkapkan dengan sokongan Retina […]


Pengguna Apple Watch Sedia Ada Boleh Memuat-Turun watchOS 4 Pada Minggu Hadapan

Bersama-sama pengenalan Apple Watch dengan sokongan selular, pihak Apple turut mengumumkan penawaran sistem operasi generasi terbaru untuk jam tangan pintar daripada mereka, iaitu watchOS 4.0. Kemaskini baru ini akan ditawarkan kepada semua pengguna jam tangan pintar Apple Watch sedia ada bermula 19 September kelak. Apple watchOS 4 menawarkan beberapa perubahan baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, […]


Apple Watch Baru Diumumkan Dengan Sokongan Selular

Apple hari ini telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru daripada mereka, iaitu Apple Watch Series 3. Perubahan terbesar yang dibawakan pada jam tangan pintar ini berbanding dengan generasi sebelumnya adalah sokongan selular terbina pada jam tangan pintar berkenaan. Dengan sokongan selular terbina yang berfungsi berasaskan kepada e-SIM, ia membolehkan pengguna mengekalkan nombor sama nombor telefon […]



TIPS & ULASAN