Cari @ Amanz

Pangkalan data syarikat pelapor kredit pengguna Equifax didapati telah diceroboh pada minggu lepas, dan dikhuatiri bahawa maklumat peribadi lebih 100 juta rakyat Amerika, termasuklah nombor social security, alamat rumah dan sebagainya dikompromi.

Syarikat Equifax ini membantu institusi-institusi kewangan memerhati jika pengguna-pengguna ini boleh diberikan pinjaman kewangan ataupun kredit tambahan. Buat masa ini, syarikat tersebut masih tidak berkata apa-apa mengenai maklumat tersebut tersebar ke arena web, tetapi, oleh kerana maklumat-maklumat yang disimpan di dalam pangkalan data tersebut adalah sangat sensitif, Equifax bertanggungjawab terhadap pengguna-pengguna ini kerana ada kemungkinan bahawa maklumat di dalam pangkalan data tersebut telahpun diubahsuai.

Terbaru, Krebs on Security telah melaporkan lagi bahawa cawangan Argentina syarikat Equifax dikatakan mempunyai masalah keselamatan yang cukup merbahaya. Didapati bahawa sistem atas-talian mereka boleh diakses dengan gabungan nama pengguna dan kata laluan admin/admin.

Sistem atas-talian ini membantu agen-agen Equifax untuk menyelesaikan masalah pertikaian kredit, dan mengandungi maklumat pekerja, dan akses yang diberikan melalui ID ini membolehkan pengguna mengubahsuai maklumat yang terkandung di dalam sistem tersebut.

Pihak Equifax telahpun menutup sistem atas-talian tersebut, dan dikatakan sedang melakukan beberapa perubahan untuk memastikan sistem tersebut lebih selamat dari sebelum ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd