Bulan September nampaknya memperlihatkan pelbagai peranti baru diumumkan untuk pasaran global, dan para pengeluar peranti bersaing untuk melancarkannya di Malaysia. Kini, selepas Vivo melancarkan Vivo V7+ di pasaran India, hari ini Vivo Malaysia telah mula menghantar jemputan media untuk pelancaran Vivo V7+ di Malaysia.
Di Malaysia, Vivo V7+ dijadualkan untuk pelancaran pada 26 September kelak.
Vivo V7+ hadir dengan rekaan skrin menyeluruh dan bingkai yang nipis – salah satu trend yang semakin popular akhir-akhir ini.
Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.99-inci dengan paparan HD, menggunakan cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan kamera utama 16-megapixel dan kamera selfie “24-megapixel”.
Seperti biasa, kita mungkin akan mengetahui harga jualan dan tarikh jualannya pada acara pelancaran berkenaan kelak di Pavilion Kuala Lumpur pada 26 September 2017.