Walaupun harga jualan untuk iPhone generasi lama sedikit berkurangan berbanding yang asal, berbeza pula untuk iPad Pro. Apple kini dilihat mempertingkatkan sedikit harga jualan iPad Pro untuk model dengan storan 256GB dan 512GB.
Apple tidak mengeluarkan sebab untuknya, tetapi menurut beberapa laporan, ia dikatakan disebabkan oleh kos cip memori NAND yang sedikit meningkat akhir-akhir ini.
Di pasaran Malaysia, iPad Pro 10.5-inci dan 12.9-inci dikekalkan dengan harga asal, sementara model dengan storan 256GB dan 512GB untuk versi WiFi serta WiFi + Selular memperlihatkan peningkatan sebanyak RM250.
Dengan peningkatan tersebut, kini, berikut adalah harga jualan iPad Pro:
iPad Pro 10.5-inci
64GB WiFi – RM2999
256GB WiFi – RM3699
512GB WiFi – RM459964GB WiFi + Selular – RM3649
256GB WiFi + Selular – RM4349
512GB WiFi + Selular – RM5249
iPad Pro 12.9-inci
64GB WiFi – RM3499
256GB WiFi – RM4199
512GB WiFi – RM509964GB WiFi + Selular – RM4149
256GB WiFi + Selular – RM4849
512GB WiFi + Selular – RM5749