Xiaomi Akan Mengumumkan Penawaran Xiaomi Mi A1 Di Malaysia Pada Minggu Ini

Xiaomi Akan Mengumumkan Penawaran Xiaomi Mi A1 Di Malaysia Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini melalui laman Facebook rasmi telah mengumumkan yang mana mereka akan berkongsi mengenai penawaran Mi A1 untuk pasaran Malaysia pada minggu ini. Malah, beberapa pengedar tempatan telah mula mengambil pra-tempahan dan mengatakan peranti berkenaan bakal ditawarkan bermula 22 September 2017.

Xiaomi Mi A1 merupakan telefon pintar pertama berasaskan Android One daripada Xiaomi, dan tidak menggunakan MIUI.

Xiaomi Mi A1

Dari segi spesifikasi, Mi A1 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Untuk sokongan kamera, Xiaomi Mi A1 menggunakan dwi-kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Melalui penggunaan dwi-kamera, ia menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 2x dan juga zoom digital sehingga 10x. Pengguna juga turut boleh menggunakan sokongan rakaman bokeh melaluinya. Pada bahagian atas, Xiaomi Mi A1 turut menawarkan sokongan IR Blaster untuk mengawal peralatan elektronik.

Harga jualan rasmi untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi. Beberapa pengedar telah mula menyenaraikannya, dan meletakkan harga jualan sekitar RM1099 ke RM1199.

Baca : Pandang Pertama Xiaomi Mi A1


TIPS & ULASAN