Peratusan peranti yang menggunakan Android Nougat terus meningkat walaupun kemaskini Android Oreo sudah diterima beberapa peranti. Sehingga 11 September, sebanyak 15.8% peranti kini menggunakan Nougat dengan 14.2% masih lagi pada versi 7.0. Ini adalah peningkatan dari 12.3% pada bulan lalu. Peratusan Android Oreo amat menyedihkan kerana masih di bawah 0.1%.
Versi dengan peratusan tertinggi masih lagi Android Marshmallow dengan 32.2%. Ini diikuti pula oleh Lollipop (28.8%) dan KitKat (15.1%). Ketiga-tiga versi Android popular ini menunjukkan penurunan peratusan berbanding bulan lalu. Selepas lebih setahun kadar penggunaan Android Nougat masih di bawah 20% dan kita hanya boleh mengagak berapa lamakah akan diambil Oreo untuk mencecah tahap yang sama.