HTC Turut Dalam Persediaan Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar Dibawah Program Android One
HTC

HTC Turut Dalam Persediaan Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar Dibawah Program Android One

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Xiaomi pada minggu lepas telah memperkenalkan peranti dibawah Android One, dan sejak daripada itu beberapa ketirisan hadir memperlihatkan sejumlah pengeluar lain turut akan hadir dengan penawaran masing-masing. Selepas ketirisan mengatakan Lenovo akan hadir dengan Moto X4 versi Android One sebelum ini, kini info baru hari ini mengatakan HTC turut mempunyai telefon pintar dibawah program Android One tidak lama lagi.

Peranti yang bakal diperkenalkan berkenaan dikatakan dikenali dengan nama kod HTC Ocean Life buat masa ini. Info penuh mengenainya masih samar-samar kerana ada yang turut mengatakan ia mungkin hadir dengan beberapa aplikasi HTC.

Xiaomi sebelum ini telah menyertakan aplikasi untuk kawalan IR Blaster, selain aplikasi kamera yang diubah-suai untuk menyokong dwi-kamera pada Mi A1 mereka.

Mungkin dengan langkah Google memberikan penambahan aplikasi secara minima daripada para pengeluar peranti, lebih ramai yang akan menyertai program Android One – selain pada masa yang sama menawarkan pengalaman Android terkini kepada para pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan melancarkan telefon pintar dibawah program Android One mereka.


TIPS & ULASAN