Adakah Ini Huawei Nova 2i? – Peranti Dengan Empat Kamera Dan Skrin 18:9
Effi Saharudin
Ogos lalu kami ada melaporkan Huawei akan melancarkan Nova 2i yang dikatakan dilengkapi empat kamera, skrin 5.8″ 18:9 dan pemproses kelas pertengahan. Sebuah peranti dengan nama Huawei RNE-A100 memasuki pangkalan data TENAA di China dan ia besar kemungkinan Nova 2i yang bakal dilancarkan kelak.

Huawei RNE-A100 dilengkapi skrin 5.9″ IPS LCD bernisbah 18:9 (1080 x 2160 pixel), diperkasakan pemproses Kirin 960, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Kamera utama ialah kombinasi 16+2 Megapixel manakala kamera hadapan pula 13+2 Megapixel. Bateri yang digunakan pula sebesar 3240 mAh dan ia menggunakan Android 7.0. Peranti ini turut dilengkapi pengimbas jari pada bahagian belakang.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.