Cari @ Amanz

Apple pada awal tahun ini telah memperkenalkan iPhone 7 dibawah pilihan warna merah melalui program yang dinamakan Product Red. Kini, bersama-sama pengumuman iPhone 8 dan iPhone X, gergasi perkomputeran berkenaan dilihat telah menamatkan penawarna iPhone 7 dalam pilihan warna berkenaan.

Untuk makluman, melaui penawaran Product Red, kebiasaannya sebahagian daripada dana pembelian akan ditawarkan kepada beberapa program berkaitan HIV/AIDS.

iPhone 7 RED

Ia tidak diketahui mengapakah pihak Apple memilih untuk menghentikannya. Tetapi, ia mungkin dijangka ramai memandangkan Apple sendiri melabelkan ia sebagai produk edisi terhad.

Buat masa ini, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan iPhone 7 dalam pilihan merah, mungkin boleh menyemak daripada beberapa pengedar yang masih menawarkannya – atau mungkin perlu bergantung kepada laman jualan daripada pengguna seperti di Mudah dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd