Uber Kini Telah Memulakan Ujian Untuk Perkhidmatan UberEats Di Kuala Lumpur – Pelancaran Makin Hampir?

Uber Kini Telah Memulakan Ujian Untuk Perkhidmatan UberEats Di Kuala Lumpur – Pelancaran Makin Hampir?

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Lanjutan daripada perkongsian kami tempoh hari, kini Uber Malaysia secara rasminya telah mengesahkan yang mana mereka telah memulakan ujian percubaan untuk perkhidmatan UberEats di Kuala Lumpur.

UberEats merupakan perkhidmatan berbeza dengan Uber, tetapi dibawah payung syarikat yang sama. Uber memfokuskan kepada perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi, sementara UberEats pula membolehkan pengguna membuat tempahan makanan dan menerimanya di lokasi yang anda tetapkan.

Secara kasar, UberEats boleh dikatakan sebagai pesaing kepada perkhidmatan FoodPanda yang sedia beroperasi sejak beberapa tahun lepas di Malaysia.

Untuk peringkat permulaan, UberEats hanya memfokuskan kepada Kuala Lumpur – dan mengikut maklumat awal, ia akan memfokuskan kawasan sekitar KLCC, Bukit Bintang, Bangsar Baru dan juga Hartamas.

Dengan permulaan fasa ujian ini, mungkin kita akan melihat pelancaran perkhidmatan UberEats ini secara rasminya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN