Pra-Tempahan Untuk Xiaomi Mi A1 Di Malaysia Bermula 16 September Ini

Pra-Tempahan Untuk Xiaomi Mi A1 Di Malaysia Bermula 16 September Ini

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini berkongsi lanjut mengenai penawaran telefon pintar Xiaomi Mi A1 untuk pasaran Malaysia. Menurut mereka, peranti berkenaan akan dibuka untuk pra-tempahan secara rasminya pada 16 September ini, bermula 12 tengah hari.

Para pengguna boleh membuat pra-tempahan melalui beberapa kaedah, termasuk Mi Store di Lazada, atau di kedai Xiaomi di Pulau Pinang, atau kedai DirectD.

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1

Harga jualan untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Desas-desus awal mengatakan ia mungkin berharga sekitar RM1199.

Xiaomi Mi A1 adalah telefon pintar menggunakan Android One daripada Xiaomi dan bukannya MIUI. Ia menawarkan skrin 5.5-inci, cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Xiaomi Mi A1 turut menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, dan kamera hadapan 5-megapixel.


TIPS & ULASAN