Apple iPhone 7 Berwarna Jet Black Kini Ditawarkan Dengan Storan 32GB

Apple iPhone 7 Berwarna Jet Black Kini Ditawarkan Dengan Storan 32GB

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Warna Jet Black ialah warna yang paling hangat untuk iPhone 7 tahun lalu. Ketika dilancarkan di Malaysia, ia paling awal kehabisan stok walaupun dijual pada harga yang lebih mahal. Ini adalah kerana hanya iPhone 7 dengan storan 128GB dan 256GB pada harga bermula dari RM3699.

Semalam kami menyedari iPhone 7 dan 7 Plus dengan kemasan Jet Black mula ditawarkan dengan storan 32GB dan 128GB. Tiada lagi model 256GB ditawarkan. Harga jualan bermula dari RM2749 untuk iPhone 7 dan RM3349 untuk iPhone 7 Plus. Bagi yang mendambakan iPhone 7 Jet Black, kini ia lebih mampu milik.


TIPS & ULASAN