Pelbagai perkhidmatan permesejan sedia menawarkan ciri menarik kembali mesej yang tersilap hantar sebelum penerima membacanya. WhatsApp sedia membangunkan ciri berkenaan sejak tahun lepas, dan berkemungkinan pengenalannya semakin hampir kini.
Daripada paparan skrin yang tertiris, ia dilihat WhatsApp telah mula mengujinya secara tertutup. Selain sekadar menarik kembali mesej daripada tetingkap sembang seperti yang diperlihatkan sebelum ini, melalui paparan skrin tertiris baru-baru ini, ia turut memperlihatkan keupayaan untuk tidak memaparkan mesej yang ditarik tersebut pada panel notifikasi.
Langkah ini semestinya sesuatu yang sangat berguna – terutamanya jika anda sering tersilap hantar mesej kepada penerima lain.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperkenalkan ciri yang dinantikan ramai ini secara rasminya kepada semua pengguna.
https://twitter.com/WABetaInfo/status/907407393369321472/photo/1