oBike Akan Beroperasi Di Subang Sahaja Buat Masa Ini Di Selangor – Didenda RM17k

oBike Akan Beroperasi Di Subang Sahaja Buat Masa Ini Di Selangor – Didenda RM17k

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Lanjutan daripada sitaan basikal-basikal oBike yang dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tempoh hari, kini ia dilaporkan yang mana oBike telah didenda sebanyak RM17,000 oleh MBPJ. oBike didenda kerana mereka tidak mempunyai kebenaran beroperasi di Petaling Jaya, selain basikal-basikal dibawah perkhidmatan mereka dilihat menganggu tempat-tempat awam.

Disamping itu, oBike juga akan hentikan operasi di Petaling Jaya buat sementara waktu ini sehingga draft undang-undang dan peraturan penggunaan perkhidmatan perkongsian basikal ini dikeluarkan. Salah satu kekangan utama buat masa ini adalah berkenaan bagaimana basikal yang digunakan diletakkan dan tidak menganggu tempat awam dan laluan pejalan kaki.

oBike mengatakan telah mengalih keluar basikal mereka di seluruh Selangor, kecuali Subang Jaya. Buat masa ini, oBike akan bekerjasama dengan MPSJ, dan menawarkan perkhidmatan mereka di Subang Jaya sahaja sebagai ujian rintis untuk konsep perkongsian basikal ini. MPSJ dikatakan telah membangunkan draft peraturan – yang mana turut akan digunakan oleh majlis perbandaran lain di Selangor sekiranya berjaya.


TIPS & ULASAN