Google Dilaporkan Bakal Melancarkan Aplikasi Pembayaran Khusus Di India Seawal Minggu Hadapan

Google Dilaporkan Bakal Melancarkan Aplikasi Pembayaran Khusus Di India Seawal Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Dengan perkembangan arena teknologi, salah satu arena yang kini turut menjadi fokus ramai adalah pembayaran. Dan pelbagai syarikat gergasi kini menguji fungsi pembayaran mereka di pasaran India. Selepas WhatsApp mengumumkan bakal menguji fungsi pembayaran di India, kini laporan baru hadir mengatakan Google bakal menguji aplikasi pembayaran baru dinamakan “Tez” di India.

Menurut laporan The Ken, Google dijangka memperkenalkannya seawal minggu hadapan.

Untuk Google “Tez”, gergasi carian berkenaan dikatakan bakal bekerjasama dengan sejumlah bank di India, serta pada masa yang sama mengintegrasikan platform mereka bersama pelbagai penyedia ketiga.

Memandangkan India merupakan negara kedua terbesar selepas China, maka tidak mustahil untuk kita melihat pelbagai syarikat memfokuskan pasaran berkenaan untuk menguji serta memperkenalkan pelbagai perkhidmatan baru.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai “Google Tez” ini pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN