Cari @ Amanz

Syarikat telekomunikasi tempatan, iaitu Celcom, Digi dan juga U Mobile kini telah mengemaskini laman web rasmi mereka, sekaligus memperlihatkan mesej yang mana iPhone 8 bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Apple iPhone 8

Buat masa ini, tiada sebarang info berkenaan dengan bilakah ia akan dilancarkan. Tetapi dengan mesej yang telah mula dipaparkan ini, kita mungkin boleh menyasarkan yang mana Malaysia mungkin menerima iPhone 8 dan iPhone 8 Plus seawal Oktober – atau paling lewat pada November.

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus merupakan telefon pintar baru daripada Apple, menawarkan rekaan kerangka berasaskan kaca, hadir dilengkapi cip pemprosesan lebih berkuasa, sokongan AR, serta kebolehan pengecasan tanpa-wayar melaluinya.

Bagi anda yang menantikan iPhone baru, mungkin tidak perlu untuk bekejar-kejar untuk ke Singapura dan sebagainya bagi mendapatkan iPhone 8, dan mungkin boleh nantikan pelancaran rasminya di Malaysia dalam masa sebulan dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd