Webe Akan Mengubah Nama Rangkaian Mereka Daripada Webe Kepada Unifi

Webe Akan Mengubah Nama Rangkaian Mereka Daripada Webe Kepada Unifi

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Webe merupakan perkhidmatan jalur-lebar tanpa-wayar daripada Telekom Malaysia, dimana mereka popular dengan penawaran data tanpa had. Ia sedia diminati ramai pengguna yang sering membuat pelbagai tugasan pada peranti mudah-alih mereka.

Terkini, berkongsi mengenai langkah seterusnya untuk syarikat berkenaan, Webe mengumumkan yang mana mereka akan membuat perubahan kepada nama rangkaian mereka.

Webe mengatakan bermula 16 September 2017 kelak, para pengguna akan dapat melihat peralihan nama rangkaian daripada Webe kepada UniFi. Buat masa ini, perubahan hanya pada nama rangkaian sahaja, dan syarikat Webe akan terus beroperasi seperti biasa.

Perubahan nama rangkaian ini tidak memberikan kesan terhadap sebarang bil bulanan. Pengguna masih boleh menikmati penggunaan data dan suara tanpa had pada harga RM79 sebulan seperti sebelumnya.

Pada masa yang sama, melalui laman FAQ yang disediakan, Webe turut mengatakan yang mana tarikh 31 Oktober 2017 kelak adalah tarikh terakhir untuk pendaftaran pengguna baru bagi menikmati harga langganan internet tanpa had RM79 untuk Webe.

Dengan perubahan ini, sekiranya anda membuat perubahan APN secara manual (atau ketika berada di luar negara) anda akan perlu mengubahnya kepada unifi. Sekiranya tidak, semuanya akan berubah secara automatik, dan anda boleh meneruskan penggunaan seperti biasa.


TIPS & ULASAN