X-Bows – Papan Kekunci Mekanikal Yang Ergonomik Dihasilkan

X-Bows – Papan Kekunci Mekanikal Yang Ergonomik Dihasilkan

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Papan kekunci mekanikal adalah mahal tetapi bertahan lebih lama berbanding papan kekunci membran. Di kalangan pengguna PC, kekunci mekanikal menjadi simbol status dan kerap menjadi aksesori wajib apabila membina gaming rig yang berspesifikasi tinggi. Kami tidak menggunakannya kerana lebih selesa menggunakan kekunci ergonomik yang tidak mencederakan tangan.

Bagi insan seperti kami, kekunci mekanikal ergonomik X-Bows ialah sesuatu yang lama kami idamkan. Papan kekunci ini mempunyai susunan kekunci yang mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan. Terdapat sokongan lampu RGB yang membuatkannya kelihatan bergaya. Suis keluaran Gateron digunakan dengan pilihan jenis merah, coklat, biru dan hitam. X-Bows sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga CAD 144 (~RM 498).


TIPS & ULASAN