Rasmi : Google Pixel 2 Akan Dilancarkan Pada 4 Oktober

Rasmi : Google Pixel 2 Akan Dilancarkan Pada 4 Oktober

Diterbitkan pada Sep 14, 2017 oleh .

Lanjutan daripada gambar papan iklan acara yang dikongsikan hari ini, kini Google sendiri mengambil langkah dan mengumumkan mereka kini menjadualkan acara pengumuman peranti Pixel seterusnya pada 4 Oktober 2017 kelak.

Google Pixel

Sebagai teaser, Google turut menyediakan sebuah video khas yang memperlihatkan apakah antara masalah yang akan diatasi melalui telefon pintar baru kelak – antaranya termasuklah berkaitan dengan bateri, ruangan storan dan juga rakaman gambar.

Google tidak memberikan apa-apa info lanjut mengenainya. Tetapi, info mengenai Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL telah sedia tertiris sebelum ini. Kedua-duanya dijangka hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, serta penawaran seperti kalis air, Always on Display dan beberapa yang lain. Versi Pixel 2 dijangka menawarkan evolusi rekaan asal Pixel tahun lepas, sementara Pixel 2 XL dijangka hadir dengan rekaan bingkai yang nipis – yang menjadi trend tahun ini.

Seperti biasa, sama-sama tandakan tarikh 4 Oktober ini, untuk melihat apakah kejutan daripada pihak Google melalui telefon pintar generasi baru mereka.


TIPS & ULASAN