Cari @ Amanz

Secara senyap Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus telah dilancarkan di Malaysia semalam. Peranti ini unik kerana dilengkapi skrin mini sekunder AMOLED pada bahagian belakang. Harga jualan untuk Meizu Pro 7 ialah RM 1899 manakala untuk Meizu Pro 7 Plus pula ialah RM 2799.

Dari segi spesifikasi Meizu Pro 7 dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30,memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Skrin sekunder pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna dan bukannya e-ink seperti beberapa ura-ura sebelum ini. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0. Sebanyak tiga warna ditawarkan iaitu merah, emas dan hitam.

Meizu Pro 7 Plus mempunyai spesifikasi yang sama cuma skrin 5.7″ SAMOLED QHD digunakan. memori sebesar 6 GB RAM dan storan 128 GB. Sebuah bateri sebesar 3500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0. Di Malaysia hanya warna hitam akan ditawarkan untuk model ini.

Pra-pesan peranti ini bermula hari ini sehingga 20 September di kedai atas talian Lazada, 11 Street dan Shopee. Jualan terbuka akan bermula pada 21 September. Pelanggan yang melakukan pra-pesan untuk Pro 7 akan menerima fon telinga bluetooth E51 bernilai RM299 secara percuma. Bagi yang melakukan pra-pesan untuk Pro 7 Plus pula akan menerima kotak hadiah premium bernilai RM 498 bersama fon telinga bluetooth E51.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd