Cari @ Amanz

Motorola yang dimiliki oleh Lenovo hari ini telah mengumumkan senarai peranti-peranti berjenama Moto yang bakal menerima sistem operasi Android terkini, iaitu Android 8.0 Oreo.

Moto Oreo

Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan sistem operasi versi terkini daripada Google, hadir dengan penawaran masa bateri yang lebih lama, kemudahan memilih teks, ciri notifikasi yang ditambah-baik, sokongan mod Picture-in-Picture, sekuriti lebih baik, dan pelbagai penambah-baikkan lain.

Menurut Motorola, berikut merupakan senarai peranti keluaran mereka yang akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo dalma bulan-bulan akan datang:

  • Moto Z
  • Moto Z Droid
  • Moto Z Force Droid
  • Moto Z Play
  • Moto Z Play Droid
  • Moto Z2 Play
  • Moto Z2 Force Edition
  • Moto X4
  • Moto G5
  • Moto G5 Plus
  • Moto G5S
  • Moto G5s Plus

Bagi anda yang menggunakan peranti berjenama Moto, adakah telefon pintar anda tersenarai?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd