Nokia 8, 6, 5 dan 3 telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi. Kesemuanya mensasarkan golongan pengguna tertentu dengan Nokia 8 mempunyai spesifikasi yang tertinggi. Tetapi masih terdapat pengguna yang mungkin hanya mahukan sebuah peranti yang paling asas dan mengekalkan harga yang lebih mampu milik. Oleh itu kedengaran ura-ura Nokia 2 akan dilancarkan kelak.
Rekaan Nokia 2 tertiris ke arena web ehsan dari @evleaks sekali lagi. Peranti ini dipercayai dilengkapi skrin 5″ HD, pemproses Snapdragon 212, memori sebesar 1GB RAM dan storan 8GB. Kamera utama sebesar 8-Megapixel dan kamera selfie pula sebesar 5-Megapixel. Tetapi ia akan dilengkapi bateri sebesar 4000 mAh. HMD Global dijangka melancarkan peranti ini pada 16 September.