Sony Xperia XZ1 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2999

Sony Xperia XZ1 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2999

Diterbitkan pada Sep 15, 2017 oleh .

Sony Xperia XZ1 baru sahaja dilancarkan di IFA awal bulan ini dan ia dengan pantas dilancarkan di Malaysia. Peranti ini ialah alternatif kepada Sony Xperia XZ Premium dengan skrin lebih kecil tanpa sokongan resolusi 4K. Di Malaysia Sony Xperia XZ1 dijual pada harga RM 2999 pada penghujung bulan ini.

Sony Xperia XZ1

Dari segi spesifikasi XZ1 dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh HDR, diperkasakan pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 19-Megapixel f/2.0 Motion Eye yang mampu merakam pada tetapan ekstrem 960FPS. Kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel f/2.0 Bateri pula sebesar 2700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Qnovo. Ia peranti terawal yang menggunakan Android Oreo di pasaran.

Fungsi paling menarik XZ1 ialah kemampuan melakukan imbasan tiga dimensi. Objek 3D yang dirakam ini kemudian boleh dicetak menggunakan pencetak 3D atau digunakan untuk menghasilkan animasi tersendiri. Selain daripada itu peranti ini juga adalah antara peranti yang mampu melakukan penstriman HDR YouTube.

 


TIPS & ULASAN