GoPro merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena kamera aksi, dan digunakan ramai untuk merakamkan pelbagai aksi lasak mereka menggunakannya. Dengan fokus terhadap arena berkenaan, semestinya anda inginkan sokongan rakaman pada kadra frame per second yang lebih tinggi berbanding kebiasaan.
Kini, menurut ketirisan yang hadir ke arena web, kamera aksi akan datang daripada GoPro, iaitu GoPro Hero6 dikatakan mungkin menawarkan sokongan rakaman video 4K pada kadar 60 FPS. Untuk perbandingan, generasi GoPro Hero5 yang ada dipasaran hari ini hanya menyokong rakaman video 4K pada kadar 30FPS sahaja.
Disamping itu, gambar tertiris daripada PhotoRumors turut memperlihatkan ia akan menawarkan sokongan sensor 12-megapixel bersama dengannya.
Selain daripada itu, tiada banyak info yang hadir mengenai kamera aksi ini buat masa ini. Dengan ketirisan gambar produk jualan GoPro Hero6 ini, mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi.