Cari @ Amanz

Google sedia mempunyai sedikit pelaburan pada Uber. Kini, selain daripada Uber, ibu syarikat Google, Alphabet dikatakan sedang dalam perbincangan untuk membuat pelaburan pada satu lagi perkhidmatan pesaing Uber, iaitu Lyft.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bahagian manakah dibawah Alphabet yang akan membuat pelaburan pada Lyft. Jumlah pelaburan yang dibincangkan dikatakan sekitar $1 bilion.

Google, walaupun mempunyai pelaburan awal pada Uber, tetapi pada tahun ini mereka mempunyai sedikit permasalahan dengan Uber disebabkan oleh teknologi swapandu.

Berkemungkinan, dengan pelaburan pada kedua-dua perkhidmatan tempahan pengangkutan ini kelak, Google dapat membuatkan teknologi swapandu mereka digunakan dengan lebih meluas berbanding pesaing yang lain.

Seperti biasa, pihak Lyft dan Google tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan desas-desus baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd