Huawei Nova 2i Dengan Empat Kamera Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 September

Huawei Nova 2i Dengan Empat Kamera Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 September

Diterbitkan pada Sep 15, 2017 oleh .

Mungkin ramai yang menantikan pelancaran Huawei Mate 10 yang dijadualkan pada pertengahan Oktober kelak. Kini, sebelum pelancaran peranti berkenaan, kini Huawei menjadualkan pelancaran Huawei Nova 21 di Malaysia pada 26 September kelak.

Mengikut perkongsian awal, Huawei Malaysia telah sedia mengatakan yang mana Nova 21 bakal hadir dengan sokongan empat kamera – dua dihadapan, dan dua dibelakang. Selain daripada itu, ia turut dijangka menawarkan rekaan skrin 18:9. Secara kasar, ia adalah seumpama peranti Huawei Maimang yang tertiris baru-baru ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 26 September 2017 ini untuk melihat sendiri apakah penawaran dan bagaimanakah Huawei Nova 2i ini kelak.


TIPS & ULASAN