Cari @ Amanz

Xiaomi bakal memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka, Xiaomi Mi A1 secara rasminya di Malaysia bermula 16 September 2017 ini, iaitu esok. Kini, beberapa jam sebelumnya, penyenaraian pihak Xiaomi melalui Mi Store di Lazada memperlihatkan Mi A1 berharga RM1099 di Malaysia.

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1 merupakan telefon pintar dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan ruangan storan sehingga 64GB. Pihak Xiaomi menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang yang menggabungkan lensa 12-megapixel, membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam bentuk Potrait, atau melakukan zoom optikal sehingga 2x.

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1

Menjadi fokus utama peranti ini juga adalah sokongan sistem operasi Android One menggantikan MIUI, dimana ia menawarkan antaramuka Android asli tanpa sebarang penambahan tema lain.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan peranti ini melalui Xiaomi Mi Store bermula 16 September ini, selain beberapa pengedar tempatan yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd