Carian
BlackBerry KEYone Edisi Terhad Berwarna Hitam Kini Hadir Untuk Pasaran Tempatan
September 16, 2017 Aman

BlackBerry KEYone merupakan telefon pintar terbaru dibawah jenama BlackBerry, dimana ia menawarkan sistem operasi Android, selain hadir dengan papan kekunci fizikal penuh bersama dengannya. Peranti ini telah memasuki pasraan tempatan sejak bulan Jun lepas, dan kini pihak Brightstar turut membawa masuk BlackBerry KEYone Edisi Terhad berwarna hitam.

Edisi terhad ini telah dilancarkan secara rasminya pada bulan Ogos lepas. Ketika pelancaran BlackBerry KEYone, ia hanya ditawarkan dalam pilihan warna perak sahaja, dan penawaran edisi berwarna hitam ini menjadikan ia kelihatan lebih elegan lagi.

Dari segi spesifikasi, BlackBerry KEYone hadir dengan skrin 4.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Telefon pintar berasaskan Android ini menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

BlackBerry KEYone berharga RM2688 di Malaysia, termasuk edisi terhad ini. Ia boleh dipra-tempah sekarang, dan Brightstar menyasarkan penawarannya bermula sekitar 20 September 2017 di Malaysia.

Baca : Ulasan BlackBerry KEYone[/download]

Komen