Carian
Switchblade – Permainan Multi-Pemain 5v5 Memfokuskan Pertempuran Guna Kenderaan Bakal Hadir Pada 2018
September 16, 2017 Aman

Bagi ramai pemain atas-talian, mungkin anda sedia mengenali permainan Rocket League yang menawarkan bentuk permainan seumpama bola sepak, tetapi perlu mengawal bola menggunakn kenderaan dan menyepaknya ke gawang gol. Terkini, dengan konsep lebih kurang sama, pihak Lucid Games telah mengumumkan sebuah permainan baru yang dinamakan Switchblade.

Melalui Switchblade, ia memfokuskan kepada permainan multi-pemain 5-lawan-5, dimana setiap pemain akan mengawal kenderaan dan menembak pihak musuh melaluinya. Selain menyerang musuh, pemain juga turut memfokuskan untuk melindungi menara mereka daripada diserang dan dimusnahkan pihak musuh.

Seperti beberapa permainan multi-pemain lain, pasukan pemain turut boleh meliputi penyembuh, pelindung, dan watak-watak lain – tetapi semuanya berasaskan kenderaan.

Permainan ini bakal ditawarkan untuk PlayStation 4 dan juga PC pada 2018 kelak. Tetapi, bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat untuk mencuba versi beta permainan ini. Permainan ini dijangka ditawarkan secara percuma.

Komen