RunCloud merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang menawarkan panel pengurusan untuk pelayan anda. Perkhidmatan yang memfokuskan kepada para pembangun web ini telah dilancarkan pada penghujung tahun lepas, dan sejak daripada itu, ia telah berkembang, sekaligus meletakkan ia sebagai salah satu panel pengurusan pelayan yang bukan sahaja digunakan pembangun tempatan, tetapi dari seluruh dunia.
Pada JomLaunch 5.0 yang diadakan hari ini, pengasas RunCloud turut berkongsi mengenai perkembangan terbaru, dimana kini RunCloud turut menawarkan sokongan membuat salinan sandaran melalui RunCloud Backup.
Menggunakannya, kini pembangun web turut boleh membuat salinan sandaran terus melalui panel RunCloud. RunCloud Backup ditawarkan pada harga serendah $0.06 sehari untuk pengguna pelan percuma, atau $0.03 sehari untuk pengguna pelan berbayar.
RunCloud Backup telah dilancarkan beberapa minggu lepas, dan dalam sepuluh hari pertama, storan sandaran yang telah dilakukan mencapai 154GB. Pihak RunCloud menyasarkan ruangan storan mencapai 2TB dalam tempoh sekitar sebulan ini.
Pada masa yang sama, pembangun RunCloud turut mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan RunCloud API menjelang penghujung tahun ini.
- Layari : RunCloud