Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk menjadikan jalan raya lebih selamat dan memudahkan pembelian pakej insurans yang sesuai untuk anda, kini salah satu aplikasi yang turut dibentangkan pada acara JomLaunch 5.0 hari ini adalah DriveMark.

DriveMark

DriveMark merupakan aplikasi mudah-alih yang ditawarkan untuk peranti Android dan iPhone – dimana ia menggunakan sensor terbina pada peranti dalam mengumpulkan data ketika anda memandu. Aplikasi ini juga turut mengumpulkan data seperti ketika anda berhenti secara tiba-tiba (brek tiba-tiba), mengambil lencongan secara berbahaya dan sebaginya.

Daripada data yang dikumpulkan, ia turut memberikan sebuah skor khusus untuk pengguna berdasarkan gaya pemanduan mereka. Data ini boleh digunakan untuk tujuan ketika membeli insurans – selain turut boleh dibandingkan dengan rakan-rakan lain, sekaligus secara tidak langsung menjadikan jalan raya lebih selamat.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi DriveMark ini untuk Android dan iOS, serta mula menggunakannya hari ini ketika memandu.

DriveMark

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd