BlackBerry hari ini mengumumkan yang mana mereka telah memasuki perjanjian paten bersama pihak Timex Group. Bagi yang tidak mengenali akan Timex, ia merupakan salah satu pengeluar terkemuka dalam arena jam tangan.
Dengan penggunaan paten daripada BlackBerry, ia mungkin membolehkan pihak Timex hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri. Ia tidak diketahui sama ada ia akan menggunakan perisian yang dibangunkan oleh BlackBerry atau sebaliknya.
BlackBerry melalui pengumuman berkenaan turut mengatakan mereka kini mempunyai lebih 40,000 portfolio paten yang meliputi komunikasi tanpa-wayar, infrstruktur rangkaian, permesejan, perisian perusahaan, sistem operasi, sekuriiti siber dan sebagainya. BlackBerry yang kini telah melesenkan pengeluaran peranti kepada pihak lain dilihat lebih memfokuskan kepada pembangunan perisian dan juga perlesenan paten mereka kepada pihak lain.