Cari @ Amanz

Sekiranya anda pernah menggunakan perisian Torrent, kami pasti anda pernah melayari laman The Pirate Bay. Laman yang penuh kontroversi ini popular di kalang pengguna yang ingin memuat turun perisian, siri TV, muzik dan filem secara haram. Baru-baru ini laman ini didapati meletakkan Javascript untuk melombong kriptowang Monero.

Pelawat laman tidak diberitahu mengenai pengguna skrip yang menjana wang kepada pemilik laman. Akibatnya sebahagian kuasa memproses komputer digunakan tanpa diketahui sehingga menyebabkan komputer terasa lembap digunakan. Skrip melombong kriptowang ini hanya ditemui pada laman utama dan carian tetapi tidak pada laman torrent fail individu.

Pengguna The Pirate Bay merungut tetapi pemilik laman merasakan ini antara cara menjana pendapatan. Pelbagai syarikat pengiklanan sudah menghalang paparan iklan dan laman kandungan cetak rompak tidak lagi dapat mengaut keuntungan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd