Carian
Kos Menghasilkan iPhone X Dianggarkan Hanya Sekitar RM1730 Sebuah
September 17, 2017 Effi Saharudin

Apple iPhone X ialah iPhone termahal yang pernah dijual dengan harga jualan $999 (~RM 4187) sebuah. Penggunaan skrin OLED Samsung dan komponen berteknologi tinggi dikatakan faktor mengapa harganya mencanak naik berbanding iPhone terdahulu.

Di China kos penghasilan peranti ini telah dianggarkan oleh laman Ichunt yang menggunakan maklumat dari pengedar dan sumber dalaman. Dari anggaran mereka, kos bahan mentah untuk menghasilkan iPhone X ialah $412.75 (~RM 1730) sebuah. Komponen termahal ialah skrin OLED yang berharga $80 (~RM 335) ini diikuti oleh panel kaca dan kerangka logam yang berharga $53 (~RM 222). Kos komponen pemproses Apple A11 Bionic pula ialah $26 (~RM 109).

Kos yang dikira ini hanya mengambil kira bahan mentah. Tidak termasuk kos pemasangan oleh pekerja kilang, penyelidikan, pengiklanan dan penghantaran ke destinasi. Selepas semua diambil kira, kos sebenar menghasilkan iPhone X akan menjadi lebih tinggi.

Komen