Google Akan Padam Salinan Sandaran Peranti Android Sekiranya Tidak Menggunakan Peranti Selama Dua Bulan

Google Akan Padam Salinan Sandaran Peranti Android Sekiranya Tidak Menggunakan Peranti Selama Dua Bulan

Diterbitkan pada Sep 18, 2017 oleh .

Google Android BackupGoogle melalui sistem operasi Android sedia menyediakan sokongan membuat salinan sandaran back-up, yang mana bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk beralih ke peranti Android baru dengan mudah dan memindahkan bersama data-data mereka.

Walaubagaimanapun, mungkin ramai tidak ketahui akan tempoh masa sesuatu salinan sandaran tersebut disimpan. Melalui halaman sokongan Google, ia dilihat secara kasar Google akan menyimpan salinan sandaran untuk sesuatu peranti Android selama sehingga 2 bulan, dan sekiranya anda tidak menggunakan peranti Android selama dua bulan, maka data anda akan dipadam terus daripada simpanan di Google Drive.

Jadi, sekiranya anda beralih ke peranti iOS atau platform lain, mungkin anda perlu pastikan anda mempunyai sebuah telefon Android yang aktif setiap dua bulan sekali untuk mengelakkan data salinan sandaran anda selamat dan tidak hilang begitu sahaja.

Buat masa ini, Google tidak memberikan sebarang notifikasi untuk memadam data dan sebagainya. Bagi anda yang ingin menyemaknya sendiri, boleh ke aplikasi Google Drive anda, dan melihat pada folder Backups.


TIPS & ULASAN