Instagram Akan Memainkan Audio Untuk Semua Video Sebaik Sahaja Ia Diaktifkan

Instagram Akan Memainkan Audio Untuk Semua Video Sebaik Sahaja Ia Diaktifkan

Diterbitkan pada Sep 18, 2017 oleh .

Salah satu perkara yang cukup menjengkelkan apabila menatal aplikasi-aplikasi seperti Facebook dan Instagram ialah video autoplay yang juga hadir dengan bunyi apabila ia dimainkan, dan video-video lain tetap akan dimainkan dengan bunyi walaupun satu video telah diredam bunyinya.

Terkini, Instagram nampaknya telah melancarkan sebuah ciri baru dimana bunyi audio video akan diredam secara automatik sehingga anda ketik pada ikon pembesar suara di sudut kiri video tersebut. Setelah ikon tersebut diketik, kesemua video yang dimainkan akan hadir dengan bunyi audio, sehingga ikon audio tersebut diketik lagi sekali, ataupun anda menutup aplikasi Instagram.

Ia sedikit berbeza dengan sebelum ini, dimana anda perlu mengaktifkan audio untuk setiap video secara berasingan.

Ciri ini dikatakan sudah hadir pada aplikasi Instagram untuk kedua-dua platform Android dan juga iOS, jadi anda boleh menatal aplikasi tersebut tanpa perlu risau mengenai bunyi audio yang kuat tiba-tiba merobek gegendang telinga anda secara mengejut.


TIPS & ULASAN