Cari @ Amanz

Asus ketika pelancaran Zenfone 4 tempoh hari telah mengatakan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini ZenUI 4.0 kepada pelbagai peranti dibawah siri Zenfone 3 tidak lama lagi. Kini, lanjutan daripadanya, Asus telah mula menawarkan kemaskini ZenUI 4.0 untuk pengguna Asus Zenfone 3 Zoom.

ZenUI 4.0 menawarkan kemaskini drastik pada antarmuka telefon keluaran Asus, dimana kini ia lebih kemas, dan tidak menyertakan aplikasi-aplikasi gendut yang tidak digunakan pengguna.

Bagi anda yang menggunakan Asus Zenfone 3 Zoom, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda dengan ke Setting > About > System Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd