Carian
Bagaimana Huawei P10 Mampu Menjadi Peranti Ideal Untuk Harian Anda?
September 21, 2017 Arib Ismail

Huawei P10 boleh dikatakan antara peranti yang terbaik pada tahun ini dengan penawaran peranti seimbang untuk harian. Ia meliputi sokongan yang hadir pada flagship masa kini, sekaligus mampu untuk memberi tempoh penggunaan yang lebih lama. Namun untuk menjadikannya lebi ideal untuk anda, berikut adalah sejumlah perkara yang hadir pada Huawei P10 yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat penilaian pada peranti ini.

Rekaan Kukuh Dan Selesa Dipegang

Kali pertama memegang Huawei P10, kami cukup menyukai dengan rekaannya yang begitu kukuh, melalui rekaan peranti berasaskan logam. Ia memberikan pengalaman memegang peranti yang cukup selesa, walaupun digunakan pada jangka masa lama atau pada sebelah tangan. Dengan binaan seperti ini, ia juga tidak memerangkap sebarang cap jari untuk memberi penampakan peranti yang kelihatan kemas dan menawan untuk harian.

Prestasi Pantas Untuk Harian Dan Permainan

Sepanjang menguji peranti Huawei, kami cukup berasa senang hati dengan prestasi yang hadir pada peranti mereka, yang mana sering memberikan prestasi harian yang cukup pantas. Perkara ini dijayakan dengan cip berkelas flagship HiSilicon Kirin 960 bersama penawaran pilihan memori 4GB RAM. Cip ini menawarkan 2 kluster teras yang berbeza, yang mana mampu memberi keutamaan untuk penggunaan berprestasi tinggi dan juga penggunaan untuk harian. Manfaat daripada rekaan cip seperti ini, ia akan menjimatkan lagi penggunaan bateri disamping mengurangkan pengeluaran haba pada peranti. Bukan itu sahaja, prestasi Huawei P10 juga dipertingkatkan dengan kaedah Machine Learning, melalui algoritma unik untuk mengoptimasikan memori, storan, dan kelancaran CPU.

Kamera Utama Dengan Kejuruteraan Leica

Huawei P10 hadir dengan sistem dwi-kamera Leica SUMMARIT H f/2.2 generasi kedua yang mana menggambungkan sensor 20MP (monokrom) + 12MP (RGB). Ia juga kini dipertingkatkan dengan Leica Dual Camera 2.0, dengan menampilkan sejumlah mod menarik seperti Portrait Mode, Night Shot, dan Light Painting. Dari segi kualitinya juga, kameranya mampu mengambil gambar dengan keperician imej yang cukup tinggi, selain menampilkan perwarnaan yang netural untuk imej berwarna.

Kamera Selfie Yang Menawan

Salah satu aspek yang sering menjadi keutamaan pengguna lifestyle adalah kemampuan selfie yang baik. Pada Huawei P10, ia menawarkan sensor 8MP f/1.9 yang mana turut menjadi peranti pertama dunia dengan pengesahan daripada Leica untuk kamera hadapan. Ia juga turut didatangkan dengan beberapa fungsi menarik seperti Portrait Mode, yang mana mampu memberikan hasil selfie yang menyerlah dengan perwarnaan wajah yang neutral.

Pengecasan Pantas

Perkara yang dilihat kecil tetapi memberi manfaat yang cukup besar adalah sokongan pengecasan pantas untuk peranti mudah-alih. Melalui sokongan ini, ia mampu mengurangkan masa pengecasan peranti, berbanding sistem pengecas konvensional yang selalunya mengambil masa sekitar 3 jam. Dengan teknologi Huawei Super Charge, sebuah peranti Huawei P10 mampu dicas dari 0-100% dalam jangka masa hanya 1 jam 40 minit.

Ketahanan Bateri Seimbang

Dengan penggunaan peranti yang semakin intensif, ketahanan bateri sering diambil berat oleh pengguna dalam memberikan penggunaan tanpa perlu mengecas peranti pada pertengahan hari. Dengan kapasiti bateri yang optimum pada Huawei P10 (3200 mAh) dan Huawei P10 Plus (3750 mAh), kedua-dua peranti mampu memberikan penggunaan sepanjang hari dengan bacaan Screen-on-Time (SoT) sekitar 5-7 jam mengikut jenis kegunaan anda.


Sekiranya anda bercadang untuk mencari peranti baru, Huawei P10 mampu memberikan penawaran peranti yang cukup seimbang, terutama dari segi rekaan, prestasi, kamera, dan bateri. Ia juga boleh dikatakan antara flagship yang menawarkan harga berpatutan, yang mana hampir menyamai penawaran yang hadir pada peranti OnePlus 5 dan Xiaomi Mi 6. Sekiranya anda mahukan fungsi yang lebih menyeluruh, Huawei P10 Plus memberikan fungsi extra seperti skrin 5.5″ Quad HD, pembesar suara stereo, IR blaster, dan kapasiti bateri yang lebih besar.

Huawei P10 telah boleh didapati oleh pengguna tempatan pada awal tahun ini, yang mana ditawarkan pada harga RM2,499 untuk Huawei P10 dan RM3,099 untuk Huawei P10 Plus.

Penafian: Advertorial dari Huawei

Komen