Samsung Rewards Diperkenalkan Untuk Pengguna Samsung Pay Di Malaysia

Samsung Rewards Diperkenalkan Untuk Pengguna Samsung Pay Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 18, 2017 oleh .

Samsung hari ini telah menawarkan kemaskini untuk aplikasi Samsung Pay, dimana melalui kemaskini terbaru ia menambah ciri ganjaran untuk pengguna Samsung Pay melalui apa yang dipanggil sebagai Samsung Rewards.

Dengan Samsung Rewards, pihak Samsung memberikan ganjaran khusus untuk setiap kali pengguna menggunakan Samsung Pay. Dengan mata ganjaran yang terkumpul, ia boleh digunakan untuk menebus sejumlah perkara.

Samsung Pay Rewards

Kaedah ini juga merupakan salah satu cara bagaimana Samsung ingin mengalakkan pengguna menggunakan Samsung Pay. Bagi yang tidak mengenali akan Samsung Pay, ia merupakan ciri pembayaran menggunakan telefon pintar yang telah ditawarkan oleh Samsung pada beberapa peranti terbaru – membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mudah pada pelbagai kedai-kedai di Malaysia.

Bagi anda yang menggunakan Samsung Pay, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru ini.


TIPS & ULASAN