Google Tez Dilancarkan Di India – Aplikasi Memfokuskan Pembayaran Menggunakan Peranti Mudah-Alih

Google Tez Dilancarkan Di India – Aplikasi Memfokuskan Pembayaran Menggunakan Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Sep 18, 2017 oleh .

Google hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi pembayaran yang baru khusus untuk pasaran India, iaitu Google Tez.

Melalui aplikasi ini, ia membolehkan pengguna memautkan akaun bank mereka ke Google Tez – dan seterusnya menggunakan peranti mudah-alih Android atau iPhone, dan seterusnya menggunakannya untuk pembayaran secara atas-talian atau di kedai fizikal. Google Tez juga boleh digunakan untuk tujuan pemindahan wang antara pengguna lain – seperti untuk membayar hutang dan sebagainya.

Google turut terhadkan kepada 20 transaksi pemindahan setiap hari.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Google akan melancarkan Google Tez ini di negara-negara lain ataupun sebaliknya. Tetapi, ia dilihat Google telah mendaftarkan tanda dagang untuknya di Indonesia dan juga Filipina.


TIPS & ULASAN