HMD Global Telah Mula Menguji Android Oreo Beta Untuk Nokia 8

HMD Global Telah Mula Menguji Android Oreo Beta Untuk Nokia 8

Diterbitkan pada Sep 18, 2017 oleh .

HMD Global agak aktif menawarkan kemaskini semasa Android kepada beberapa peranti Nokia mereka sejak beberapa bulan yang lepas. Kini, melalui Twitter, pihak HMD Global turut memperlihatkan yang mana mereka telah memulakan ujian beta untuk Android Oreo bagi peranti Nokia 8.

Nokia 8 Oreo

Daripada gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan kemaskini ini hadir dalam saiz sekitar 1.3GB, dan versi beta ini turut menawarkan kemudahan untuk beralih kembali kepada versi Nougat seperti sebelumnya. Buat masa ini, versi beta hanya diuji secara tertutup oleh pihak Nokia.

Tiada tarikh yang diberikan berkenaan bilakah Android 8.0 Oreo akan hadir ke Nokia 8 ini. Pada masa yang sama, pihak HMD Global turut mengatakan yang mana kemaskini sama turut akan hadir ke Nokia 3, Nokia 5 dan juga Nokia 6.


TIPS & ULASAN