Cari @ Amanz

Dubai ialah negara yang maju dan penuh kemewahan. Kenderaan eksotik seperti Lamborghini telah digunakan sebagai kenderaan peronda polis. Terkini sebanyak 50 Tesla Model S dan Model X telah digunakan sebagai teksi di negara Timur Tengah ini.

Ini adalah sebahagian usaha oleh Suruhanjaya Pengangkutan Dan Jalan Raya negara tersebut untuk menggunakan kenderaan pintar swapandu di masa hadapan. Lima puluh kenderaan ini ialah fasa pertama projek pemintaran pengangkutan awam di Dubai. Dalam masa dua tahun, armada teksi elektrik pintar Dubai akan mempunyai 200 buah kenderaan Tesla.

Menjelang 2030, Dubai ingin memastikan 25% kenderaan di atas jalan raya akan mempunyai kemampuan swapandu. Sekiranya anda tidak mampu membeli Tesla, anda boleh mencubanya sendiri di Dubai dalam bentuk teksi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd