Samsung Tawar Gear VR Secara Percuma Untuk Pembelian Galaxy Note 8 Sehingga 24 September

Samsung Tawar Gear VR Secara Percuma Untuk Pembelian Galaxy Note 8 Sehingga 24 September

Diterbitkan pada Sep 18, 2017 oleh .

Samsung Malaysia bakal melancarkan Galaxy Note 8 secara rasminya pada 21 September 2017 ini. Untuk tujuan berkenaan, sejumlah aktiviti telah dirancang oleh mereka, termasuk beberapa promosi menarik.

Berkongsi mengenainya hari ini, Samsung mengatakan para pengguna yang membeli Galaxy Note 8 antara 21 September sehingga 24 September 2017 ini akan turut menerima Gear VR bernilai RM499 secara percuma. Disamping itu, Samsung juga turut menawarkan Samsung Screen Protection berharga RM149 secara percuma yang menawarkan gantian skrin retak untuk sekali.

Galaxy Note 8

Galaxy Note 8 hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci yang menawarkan rekaan skrin menyeluruh dengan bingkai nipis, dilengkapi cip Exynos 8998, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Galaxy Note 8 juga merupakan telefon pintar Samsung pertama menggunakan dwi-kamera dibelakang, mengabungkan sensor 12MP+12MP, selain dilengkapi kamera hadapan 8-megapixel.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Note 8 dijual pada harga RM3999.


TIPS & ULASAN