Cari @ Amanz

Penjenayah kini semakin maju dan menggunakan teknologi untuk memudahkan mereka melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang. Bagi memastikan penjenayah dapat diheret ke muka pengadilan, bukti kesalahan mereka diperlukan oleh pihak berkuasa. Tetapi bukti jenayah mungkin disorok di dalam pemacu ibu jari dan kad MikroSD. Oleh itu tugas mencarinya menjadi agak sukar.

Bagi memudahkan proses mencari bahan bukti digital ini, anjing di United Kingdom telah dilatih untuk menghidu pemacu ibu jari, kad MikroSd dan storan digital. Program ini masih lagi di peringkat percubaan dan sebenarnya dipelopori oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat. Dengan adanya anjing menghidu storan digital, kes penipuan atas talian, pengganas dan paling penting sekali pedofilia dapat diselesaikan. Malahan anjing mampu mengesan kewujudan storan digital yang disorok selepas polis manusia gagal mengesannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd