Cari @ Amanz

Gaming laptop Acer Nitro 5 yang dilengkapi pemproses Ia dil Intel Core i7/i5 Kaby Lake dam kad grafik Nvidia GeForce GTX 1050 Ti ditawarkan di Malaysia pada bulan lalu. Bagi yang inginkannya dalam “perisa” AMD, Acer Nitro 5 dengan pemproses AMD FX 9830P dan kad grafik AMD Radeon RX550 akan ditawarkan pada penghujung bulan ini pada harga  RM2,999.Ia masih mengekalkan skrin 15.6″ HD penuh, memori sebesar 4GB (boleh dipertingkatkan sehingga 16GB) dan storan 1TB HDD. Kad grafik AMD Radeon RX550 yang digunakan mempunyai 4GB GDDR5 VRAM. Papan kekunci berlampu yang sama digunakan semula begitu juga dengan sistem tanpa wayar 802.11ac 2×2 MU-MIMO. Dari segi audio pula ia menyokong Dolby Audio.

Sebagai perbandingan, model Acer Nitro 5 dengan Intel Core i5 dan NVIDIA GTX 1050 dijual pada harga RM3299 manakala model dengan CPU Intel Core i7 dan NVIDIA GTX 1050 Ti akan dijual pada harga RM 4699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd