Samsung Dilaporkan Akan Menghasilkan Sensor Kamera Yang Boleh Merakam Video 1000FPS

Samsung Dilaporkan Akan Menghasilkan Sensor Kamera Yang Boleh Merakam Video 1000FPS

Diterbitkan pada Sep 19, 2017 oleh .

Sensor kamera Sony kini dilengkapi teknologi Motion Eye yang mampu merakam video pada tetapan 960FPS. Ini dilakukan dengan penggunaan stacked-CMOS yang menggabungkan sensor kamera dan cip memori. Menurut laporan Etnews, Samsung akan memulakan penghasilan sensor kamera mereka sendiri yang mampu merakam pada tetapan 1000FPS.

Sensor Samsung ini akan menggunakan teknologi seakan Motion Eye dengan satu perbezaan besar. Sensor Sony mempunyai tiga lapisan yang mengandungi sensor, cip logik dan memori. Sensor keluaran Samsung pula akan mempunyai dua lapisan sahaja untuk ketiga-tiga komponen. Ini adalah bagi mengelakkan mereka menggunakan paten yang dipegang oleh Sony.

Kos penghasilan sensor ini dipercayai adalah lebih mahal berbanding sensor biasa dan pengilangannya dilaporkan akan bermula pada November ini. Besar kemungkinan sensor ini akan digunakan pada Samsung Galaxy S9 tahun hadapan.


TIPS & ULASAN