Samsung Galaxy Kids Tablet 7.0 The Lego Ninjago Movie Edition Dilancarkan
Artikel Berkaitan

Samsung Galaxy Kids Tablet 7.0 The Lego Ninjago Movie Edition Dilancarkan

Diterbitkan pada Sep 19, 2017 oleh .

Sebelum ini Samsung ada menghasilkan Galaxy S8 edisi Pirates of The Caribbean dan Galaxy S7 Edge edisi Batman. Kedua-duanya mensasarkan pengguna dewasa dan dijual pada harga yang kurang mesra dompet. Sempena penayangan filem Lego Ninjago, Samsung Galaxy Kids Tablet 7.0 The Lego Ninjago Movie Edition telah dihasilkan.

Tablet ini dilengkapi skrin 7″, diperkasakan 1.3 GHz empat teras Spreadtrum SC8830, memori sebesar 1GB RAM dan storan 32GB. Kamera sebesar 2-Megapixel digunakan pada bahagian belakang. Bateri sebesar 3600 mAh pula membekalkan kuasa kepada peranti yang masih menggunakan Android Kit Kat. Selain kerangka khas bertemakan Ninjago, terdapat aplikasi terbina dari DreamWorks Animation, National Geographic dan Sesame Street.

Samsung Galaxy Kids Tablet 7.0 The Lego Ninjago Movie Edition sebenarnya adalah sebuah Galaxy Tab E Lite 7 yang dijenamakan semula. Ia dilancarkan pada tahun 2015 dan ini adalah sebab mengapa Samsung Galaxy Kids Tablet 7.0 The Lego Ninjago Movie Edition dijual pada harga hanya mampu milik $149.99 (~RM 628) bermula Oktober hadapan.


TIPS & ULASAN