Retroduck Mengubah iPhone Menjadi Seakan Televisyen CRT Klasik

Retroduck Mengubah iPhone Menjadi Seakan Televisyen CRT Klasik

Diterbitkan pada Sep 19, 2017 oleh .

Antara sebab mengapa iPhone ialah peranti yang popular ialah jumlah aksesori menarik yang boleh dibeli. Bagi pemilik iPhone 7, 6S dan 6, kini ada sebuah lagi aksesori comel yang boleh mengubah peranti mereka menjadi seakan sebuah televisyen CRT klasik. Retroduck ialah tempat simpanan merangkap pengecas yang kelihatan seperti sebuah televisyen era 70an.

Peranti biasa dan Plus peranti iPhone 7, 6S dan 6 disokong oleh Retroduck. Kabel pengecas boleh dimasukkan pada bahagian belakang bagi melengkapkan ilusi ia kelihatan seperti sebuah televisyen. Retroduck sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga bermula $32 (~RM 134).


TIPS & ULASAN