Asus Akan Menamatkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar – ZenCircle

Asus Akan Menamatkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar – ZenCircle

Diterbitkan pada Sep 19, 2017 oleh .

Asus pada beberapa tahun lepas telah melancarkan sebuah perkhidmatan perkongsian gambar tersendiri yang dinamakan sebagai ZenCircle. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi gambar bersama rakan-rakan, selain mengikuti perkembangan dan perkongsian gambar daripada rakan-rakan seumpama di Instagram.

Walaubagaimanapun, ia boleh dikatakan perkhidmatan ZenCircle ini kurang popular berbanding sejumlah perkhidmatan perkongsian gambar yang lain.

Kini, bergerak ke hadapan, Asus mengumumkan yang mana ZenCircle akan ditamatkan pada 16 Oktober 2017 kelak.

Sekiranya anda merupakan pengguna ZenCircle, anda boleh membuat salinan pendua untuk gambar-gambar yang telah dimuat-naik ke perkhidmatan berkenaan, dan mungkin memindahkan ia ke perkhidmatan lain.


TIPS & ULASAN