Sokongan Integrasi Spotify Dan Waze Akhirnya Hadir Ke Peranti iOS

Sokongan Integrasi Spotify Dan Waze Akhirnya Hadir Ke Peranti iOS

Diterbitkan pada Sep 19, 2017 oleh .

Pada Mac yang lalu sokongan integrasi Spotify di dalam Waze diberikan kepada pengguna peranti Android. Menerusi fungsi ini pengguna dengan mudah dapat melancarkan Spotify secara terus dari Waze tanpa perlu keluar dari aplikasi. Ini memudahkan mereka mendengar muzik dengan lebih selamat ketika memandu.

Sokongan integrasi kedua-dua aplikasi ini akhirnya hadir ke peranti iOS. Waze mengesahkannya menerusi laman rasi mereka hari ini. Walaubagaimanapun sokongan akan diberikan secara berperingkat dalam masa beberapa minggu. Pengguna iOS hanya perlu memastikan mereka menggunakan versi terkini Spotify dan Waze untuk menikmati fungsi intergasi ini.


TIPS & ULASAN